Tuesday, 3 January 2012

Peringatan buat anak-anak lelakiku.

Daku di kurniakan Allah tiga anak-anak lelaki.Daku punya harapan yg besar buat mereka.Wahai anak-anak lelakiku,semoga dirimu kalian benar-benar mendirikan segala perintah Tuhan dan menjauhi segala laranganNya.Berjiwa besar,kuat pendirian dan keimanan.Ikhlaskanlah dirimu dalam mencari ilmu dan beribadat.Jadilah pemimpin kepada dirimu kemudian sebarkan kepimpinanmu kepada yg lain.Wahai anak-anakku lembutkanlan pekertimu kerana ahli syurga itu adalah yg lemah lembut pekertinya.Penuhilah masjid dan surau dalam membina kekuatan diri dan ukhwah umat islam yg semakin pincang ini.Tahukah anak-anakku,apabila dikau lewat megerjakan solatmu,ibu menjadi orang yg tak keharuan,, takut akan murka Allah?Jadi sama-samalah kita dirikan solat tepat pada waktunya.Adalah sesuatu yg amat membahagiakan ibu pabila melihat anak-anak begitu menjaga solat,lebih-lebih lagi dikerjakan berjamaah.Ingatlah,pada suatu hari nanti kalian akan jua bergelar ayah,maka inilah landasan membina kekuatan untuk menjana keperibadian Islam yg berterusan dalam generasi kita yakni keturunan kita.Semoga kalian menjadi anak-anak yg berjaya di dunia dan di akhirat.Amin


No comments:

Post a Comment