Monday, 9 January 2012

Hidup ini hanya sementara

Assalamualaikum,20I2 menjenggah sudah,menandakan usia semakin tua dan masa semakin pendek.Hanya beberapa tahun sahaja untuk mengabdikan diri ini,risau dan gementar menghitung apa yg dah buat  dan apa yg belum buat,entah di terima atau sebaliknya.Namun,aku gagahkan diri ini sentiasa pohon rahmat Illahi agar di pilih utk  sentiasa mengabdikan diri walaupun dalam kesibukan duniawi namun ku masih ingat nasihat bonda tercinta..."jangan biarkan masa itu berjalan begitu saja.sambil berdiri maupun duduk,sambil berjalan ataupun menunggu ..sentiasalah berzikir kepada Illahi".Setiap hembusan nafasmu,setiap kerdipan matamu,setiap degupan jantungmu mengingati Tuhanmu,mensyukuri setiap nikmatnya,memohon ampun dosa yg telah lalu ,dosa yg akan datang,dosa yg  disembunyikan,dosa yg dinampakkan dan dosa yg hanya Allah yg mengetahuinya.Ya Allah,menitis air mataku pabila membuka kembali kitab Peringatan Bagi yg Lupa.Semoga Engkau sentiasa memimpin hati ini keatas jalanMu...

Tuesday, 3 January 2012

Peringatan buat anak-anak lelakiku.

Daku di kurniakan Allah tiga anak-anak lelaki.Daku punya harapan yg besar buat mereka.Wahai anak-anak lelakiku,semoga dirimu kalian benar-benar mendirikan segala perintah Tuhan dan menjauhi segala laranganNya.Berjiwa besar,kuat pendirian dan keimanan.Ikhlaskanlah dirimu dalam mencari ilmu dan beribadat.Jadilah pemimpin kepada dirimu kemudian sebarkan kepimpinanmu kepada yg lain.Wahai anak-anakku lembutkanlan pekertimu kerana ahli syurga itu adalah yg lemah lembut pekertinya.Penuhilah masjid dan surau dalam membina kekuatan diri dan ukhwah umat islam yg semakin pincang ini.Tahukah anak-anakku,apabila dikau lewat megerjakan solatmu,ibu menjadi orang yg tak keharuan,, takut akan murka Allah?Jadi sama-samalah kita dirikan solat tepat pada waktunya.Adalah sesuatu yg amat membahagiakan ibu pabila melihat anak-anak begitu menjaga solat,lebih-lebih lagi dikerjakan berjamaah.Ingatlah,pada suatu hari nanti kalian akan jua bergelar ayah,maka inilah landasan membina kekuatan untuk menjana keperibadian Islam yg berterusan dalam generasi kita yakni keturunan kita.Semoga kalian menjadi anak-anak yg berjaya di dunia dan di akhirat.Amin


Monday, 2 January 2012

Doa buat anakanakku Shuaib,Maryam,Shauqi,Maisarah,Soleh dan Muthmainnah

   assalamualaikum 



Wahai anak anakku,mama tiada henti mendoakan kalian.ini sebahagian doa mama buat kalian.Ya Allah,ampunkanlah dosa anak-anakku,pimpinlah hati anak-anakku atas jalanMmu yg benar,masukkanlah keimanan yg solehin  keatas anakku.jadikanlah mereka anak yang berguna kepada diri mereka, berguna kepada agama Islam dan berguna kepada masyarakat,Ya Allah ,jadikanlah anak anakku orang yg berilmu,beramal soleh lagi berakhlak mulia.Masukkanlah sifat sifat mahmudah ke-dalam diri mereka dan jauhilah mereka sifatsifat mazmumah.Ya Allah, angkatlah darjat anak-anakku dan bahagiakanlah mereka di dunia dan di akhirat,Relaikanlah segala kesusahan mereka dan permudahkanlah segala urusan mereka,Jadikanlan setiap mata yg memandang mereka penuh dgn kasih sayang dan belas kasihan.Lindungilah Ya Allah mereka dari segala kejahatan dan bala bencana serta afiatkanlah mereka,Jadikanlah mereka dari golongan orang yg bertaubat,bersyukur atas setiap rahmatMu,dan ikhlas dalam setiap amal,Basahilah bibir bibir mereka mereka dgn zikrullah jadikanlah alunan ayat ayatMu kerinduan bg mereka.

Semoga anakanakku berbahagia dgn jodoh j odoh mereka dari kalangan orang orang yg beriman lagi bertakwa.Amin,

Sunday, 1 January 2012

Keikhlasan Diri

Assalamualaikum.


Keikhlasan  itulah sesuatu yg sukar di lakukan hanya melalui hati yg benar2 bersih dan suci.Yang penting tujuan kita…….tidak kerana yang lainnya hanya mencari keredhoan Allah.Tak usahlah kita bangkit2kan lah segalala yg kita lakukan ,biarlah Allah memberi ganjarannya. Lupakan segala kebaikan yg kita taburkan agar kita tidak merasa riak dan bangga diri segala yg kita lakukan. Sebenarnya tiap yang baik yg  kita lakukan adalah atas rahmat Allah .Dia Yg Maha Pengasih yg telah memilih kita untuk melakukan segala kebaikkan itu.So, tak ada apa yg nak di banggakan. Malunya kalau dah tuntut ilmu tentang hubungan dengan Allah. Kerdilnya rasa diri ini aapabila ku tahu Engkau sentiasa Melihat  hati ini dan segala pergerakanku.Ku inginkan agar dapat bersujud kepada Mu sehingga akhir nanti,dapat membaca Al Quran Mu tanpa rasa letih  dan lesu malah penuh khusyuk dan lapang,ku inginkan agar dapat berzikir kepada Mu  dgn penuh kerinduan. Ku inginkan sahabat yg apabila ku pandang wajahnya , tambah keimananku , kuat keazamanku untuk beribadat kepadaMu. Aku sering tidur dalam kedengaran Al Quran yg dialunkan di telingaku….kadang2 suara itu adalah suara ku sendiri dan kadang2 suara itu tidak ku kenali. Ku tahu  ini peringatan dari Illahi ………..Moga aku dapat menjadi insan yg di redhoi lagi di kasihi. Ya Allah, lindungilah diri in dari segala yg membinasakan ku. Kasihanilah diri ini yg yang masih jauh perjalanan menuju ketahap yg diredhoi……